Komponen pengajian terbahagi kepada lima (5) bahagian iaitu:
- Pengajian Teknikal
- Pengajian Am
- Ko-Kurikulum
- Latihan Industri
- Pembangunan Sahsiah
Pengajian Teknikal
Pengajian Teknikal merupakan komponen latihan yang paling utama yang wajib bagi setiap program yang ditawarkan dan mesti lulus kesemuanya. Pelajar yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan, perlu mengulang kursus berkenaan sehingga lulus.
Pengajian Teknikal bertujuan untuk memberikan seberapa banyak pengetahuan, kemahiran dan pendedahan sesuai dengan tahap dan bidang pengajian yang diikuti supaya dapat memenuhi keperluan industri.
Pengajian Am
Matlamat pembelajaran dalam komponen Pengajian Am adalah sebagai kursus asas bagi mencapai matlamat latihan kemahiran MARA.
Kursus-kursus Pengajian Am yang perlu diambil adalah Bahasa Inggeris, Matematik, Pengajian Islam / Pendidikan Moral, Keusahawanan dan Pengajian Malaysia.
Ko-Kurikulum
Kegiatan ko-kurikulum adalah merupakan aktiviti luar kuliah bertujuan membentuk sikap harmoni, berfikiran positif dan sahsiah diri pelajar.
Aktiviti dibahagikan kepada dua Modul Teras iaitu Khidmat Kemasyarakatan dan Kemahiran.
Pelajar wajib melibatkan diri tidak kurang dari dua (2) semester.
Latihan Industri
Latihan Industri (LI) adalah pembelajaran luar kuliah dan aktiviti di mana pelajar didedahkan kepada suasana pekerjaan sebenar di industri sama ada dalam atau luar negara bersesuaian dengan program yang diikuti.
Pelajar diwajibkan mengikuti Latihan Industri sekurang-kurangnya tiga (3) bulan pada semester akhir serta lulus aktivitinya.
Pembangunan Sahsiah
Pembangunan sahsiah merupakan komponen pembangunan sikap pelajar yang diterapkan dan dinilai secara berterusan sepanjang tempoh pengajian. 
Pembangunan sahsiah disisipkan di dalam pengajaran dan pembelajaran samada kurikulum atau ko-kurikulum.
<iframe src="https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d3985.96018249312!2d102.03186491399885!3d2.5199094981638197!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31ce0863afd08367%3A0xf3f5c87784d2e732!2sKolej+Kemahiran+Tinggi+Mara+Rembau!5e0!3m2!1sen!2sus!4v1508781127199" width="800" height="600" frameborder="0" style="border:0" allowfullscreen></iframe>
DIPLOMA REKABENTUK DALAMAN
Program ini memfokuskan kepada rekabentuk dan persekitaran dalaman bagi semua aspek struktur, ruang dan susun atur bahan. Pelajar akan mempelajari konsep rekabentuk dalaman berdasarkan konteks fizikal, budaya, alam sekitar dan sejarah rekabentuk senibina dalaman di samping membangunkan rekabentuk dalaman yang kreatif dan berdaya cipta samada bagi ruang awam atau peribadi.
DIPLOMA PERFILEMAN DIGITAL
Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri filem dan animasi. Pelajar akan mempelajari cara untuk merangsang idea, menulis cadangan, memahami amalan rangkaian animasi dan menguruskan perbelanjaan produksi. Penekanan kepada pembangunan kemahiran dalam kraf penulisan layar dan produksi seperti mengarah dan penyuntingan dalam menjadikan jalan cerita yang berstruktur dan beremosi juga akan diterapkan dalam kursus ini.
DIPLOMA REKABENTUK PERABOT
Para pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini, bahan dan amalan rekabentuk studio yang digunapakai dalam penghasilan perabot menggunakan Computer-aided design and modelling (CAD-CAM). Kerja kursus juga menekankan elemen kreatif, inovatif, kaedah bengkel serta pemasaran dan pengajian perniagaan. Sepanjang program ini, pelajar juga digalakkan untuk membangunkan kemahiran mereka melalui kesedaran terhadap pelbagai aspek teknikal dan kreatif. Proses pembelajaran turut merangkumi pemahaman dan penekanan terhadap elemen rekabentuk, fungsi, pembuatan dan pembentangan projek bagi produk perabot domestik, komersial, korporat mahupun yang dikhususkan.








