TAIWAN, 26 Ogos 2016 - Tiga orang pelajar Diploma Program Filem dan Animasi Digital KKTM Rembau yang pernah menjuarai pertandingan pada peringkat IPTA/IPTS Jun lalu tidak terhenti di situ sahaja malah telah memenangi tempat kedua bagi Kategori ‘Best Creative Awards’ di Pertandingan Asiagraph Reallusion Award 2016 yang berlangsung selama 48 jam tanpa henti. Pertandingan bertemakan ‘HERO’ itu telah berlangsung di Shih Chien University Taipei, Taiwan Taiwan pada 23 hingga 25 Ogos 2016 telah membawa balik hadiah berjumlah USD10,000.00.
Menamakan pasukan mereka sebagai I Mation yang dianggotai oleh Mohd Kamil bin Mhd Yatim, Rukaini bin Razlan dan Muhammad Ridzuan bin Abd Mutalib telah mengaplikasikan kemahiran serta kreativiti tersendiri di bawah bimbingan Encik Mohd Fariz bin Ab Aziz, Ketua Program Filem dan Animasi Digital, KKTM Rembau.