Tarikh : 26 Januari 2013
Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri merupakan pengiktirafan tertinggi kepada pemenang Pertandingan Kemahiran Malaysia dan pertandingan MySkills.
Muhammad Izzat, dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Negeri Sembilan muncul pemenang anugerah itu bagi Kategori Belia, sementara Muhammad Hafiz dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka mengungguli Kategori Pengajar, pada majlis penyampaian anugerah itu di Serdang.