TAHNIAH KEPADA ALUMNI KKTM, IKM DINOBATKAN SEBAGAI IKON TVET MALAYSIA"

YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan penyampaian anugerah kepada IKON TVET bersempena dengan Majlis Pelancaran TVET Malaysia di ADTEC Shah Alam. Tiga penerima anugerah ini yang juga merupakan alumni KKTM/IKM : 1. Mohd Farid bin Razali (KKTM Balik Pulau) 2. Ahmad Nur Al Aqib bin Mohd Zamanhuri (KKTM Rembau) 3. Suhaidi bin Jaafar (IKM Kuala Lumpur)  

Pertandingan WorldSkills Malaysia kategori Belia (WSMB) atau dahulunya dikenali sebagai Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir.  Pelajar KKTM Rembau dari Program Diploma Rekabentuk Media Digital telah memenangi pingat perak dalam bidang Graphic Design Technology.

IKON TVETMARA 2008 - 2010

"REKAAN FESYEN IKON INI DI PENTAS PERAGAAN LONDON" KKTM Rembau berjaya melahirkan pereka fesyen muda bertaraf antarabangsa, dengan menggunakan label Hazzer Wan Lee (HWL). Mohd Hazzerwan Bin Mohd Azlee merupakan kumpulan pertama lulusan Diploma Cemerlang di KKTM Rembau dengan tajaan MARA untuk menyambung pengajian di Heriott Watt University dan berjaya membawa pulang Ijazah dalam bidang Fahion Design in Industry dan terpilih sebagai tiga pereka fesyen terbaik untuk menyertai program London Muslim Lifestyle di London. ~ Best collection in Edinburgh Graduated Fashion Show. ~ First Non-Local Fashion Students to Exhibit His Fashion Collection at One of The Prestigious Museum and Gallery in Scotland. ~ Tempat Ketiga Pertandingan Jarum Berlian Utusan Malaysia 2015. Senarai di atas merupakan antara anugerah dan pencapaian terbaik oleh beliau, dan pastinya kini kerjayanya semakin berkembang di arena fesyen tempatan dan global

- INFO SOLAT -

HUBUNGI KAMI :-

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU
BATU 8 KUNDUR HILIR
71400 PEDAS
NEGERI SEMBILAN
 
TEL : 06-6970 426/435
FAX : 06 6970 590