27 Februari 2018Pertandingan Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITeC) 2018 telah di adakan di Universiti Teknologi MARA Rembau pada 26 – 27 Feb 2018. Pertandingan ini bertindak sebagai platform ideal untuk menggalakkan pelajar, pensyarah, pegawai pentadbiran dan orang awam untuk mempamerkan atau memaparkan produk atau prototaip mereka serta idea-idea baru yang mengandungi nilai komersial dengan bertemakan Membangun Kreativiti, Menggalakkan Inovasi dan Memperkasakan Penciptaan melalui Teknologi.

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau telah melakar sejarah kerana telah memenangi 1 pingat Emas melalui projek Filem Pendek yang bertajuk ‘ Hati Ayah ’  yang diwakili oleh Pn Azura Bte Pandi (pensyarah Filem dan Animasi Digital) serta 2 orang pelajar Dip. Filem dan Animasi Digital iaitu Irsya Hazief Mohd Saiful dan Nur Iman Hanisah. Mereka juga telah dianugerahkan sijil ‘Ingenious Idea’  dalam kategori yang sama.

Selain itu, KKTM Rembau juga telah memenangi 2 pingat gangsa melalui ketegori Inno Kiosk 3 diwakili oleh Pn Rohayu Bte Daud dan  Decorative Panel Tranformation diwakili oleh Pn Aniswati Bte Awang Lah. Inno Kiosk 3 sekaligus telah dianugerahkan sijil ‘Outstanding Booth’. Tahniah KKTM Rembau.

- INFO SOLAT -

HUBUNGI KAMI :-

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU
BATU 8 KUNDUR HILIR
71400 PEDAS
NEGERI SEMBILAN
 
TEL : 06-6970 426/435
FAX : 06 6970 590