TAIWAN, 26 Ogos – Jelas sekali rezeki sekumpulan tiga orang pelajar Diploma Program Filem dan Animasi Digital KKTM Rembau yang pernah menjuarai pertandingan pada peringkat IPTA/IPTS Jun lalu tidak terhenti di situ sahaja malah telah memenangi tempat kedua bagi Kategori ‘Best Creative Awards’ di Pertandingan Asiagraph Reallusion Award 2016 yang berlangsung selama 48 jam tanpa henti. Pertandingan bertemakan ‘HERO’ itu telah berlangsung di Shih Chien University Taipei, Taiwan Taiwan pada 23 hingga 25 Ogos 2016 telah membawa balik hadiah berjumlah USD10,000.00.

Menamakan pasukan mereka sebagai I Mation yang dianggotai oleh Mohd Kamil bin Mhd Yatim, Rukaini bin Razlan dan Muhammad Ridzuan bin Abd Mutalib telah mengaplikasikan kemahiran serta kreativiti tersendiri di bawah bimbingan Encik Mohd Fariz bin Ab Aziz, Ketua Program Filem dan Animasi Digital, KKTM Rembau.

Turut bersaing di dalam pertandingan tersebut ialah pasukan dari negara Korea, China, Indonesia, Jepun, Thailand dan Taiwan. Lain-lain kategori pertandingan ialah ‘Best Film Awards’ dimenangi oleh China, ‘Best Director Awards’ oleh Jepun, dan Taiwan yang memenangi dua kategori iaitu ‘Best Noitom Best Motion Capture’ dan ‘Best Outstanding Works’.

‘Pertandingan seperti ini bukan sahaja mencungkil kreativiti dan daya imaginasi kami malah turut memberi peluang dan ruang kepada kami untuk bersaing di persada antarabangsa’ kata salah seorang dari pelajar tersebut. Mereka dijangka kembali ke tanahair pada 28 Ogos 2016.

Rembau, 24 Mei: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyambut baik hasrat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu usahasama bagi mengadakan program Latihan Teknikal dan Keusahawanan, khusus dalam pembuatan pakaian untuk beberapa peserta terpilih dari kalangan belia Muslim dari Kemboja.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, YB Ahmad Jazlan Bin Yaakub, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau telah menjadi pilihan untuk mengadakan program tersebut kerana kepakaran institusi tersebut yang menawarkan program diploma seni iaitu reka bentuk fesyen, reka bentuk perabot, reka bentuk media digital, animasi dan reka bentuk dalaman.

”Bersesuaian dengan penubuhan KKTM Rembau sejak 2008 lagi di bawah kluster  Seni dan Reka Bentuk program ini menyasarkan tiga jenis modul iaitu Modul Pertama Simple Sewing Project, Modul Islamic Wear dan Basic Trouses, justeru pelbagai jenis hasil jahitan iaitu seperti beg sandang, apron, sarung bantal, jubah, selendang dan seluar panjang dan banyak lagi akan dihasilkan,” katanya.

Ahmad Jazlan menambah, pemilihan modul ini pula mengikut kesesuaian peserta berdasarkan permintaan yang tinggi dalam pasaran selain peserta akan diberi tunjuk ajar mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran produk yang telah dihasilkan sepanjang latihan secara dalam talian dan luar talian sebagai pendedahan awal peserta dalam bidang keusahawanan.

”Program ini akan membantu umat Islam Kemboja keluar dari kepompong kemiskinan di samping membuka peluang kepada para pelatih untuk menjalani latihan keusahawanan dan teknikal di Malaysia” katanya.

Ahmad Jazlan turut mengulas, para belia Kemboja yang telah mengikuti kursus selama 8 minggu ini diharap akan dapat menggunakan kemahiran yang mereka pelajari sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal terutamanya dalam bidang reka fesyen dan jahitan bagi memenuhi industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di Kemboja sekaligus mengubah taraf hidup mereka di Kemboja nanti.

Pameran Seni Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau 2011 (ARTEX’11) kali pertama telah diadakan pada 6 April 2011 di KKTM Rembau. Pameran ini dapat membuka peluang kepada pelajar-pelajarnya untuk menonjolkan karya mereka sepanjang menuntut di kolej berkenaan dan secara tidak langsung memberi pendedahan bermakna dengan realiti pasaran pekerjaan. 

 

Pameran seni ini dibahagikan kepada 5 kategori yang mewakili 5 kursus yang ditawarkan di KKTM iaitu Reka Bentuk Media Digital, Filem dan Animasi Digital, Reka Bentuk Fesyen, Reka Bentuk Dalaman dan Reka Bentuk Perabot. Pameran ini juga melibatkan lebih 500 karya pelajar KKTM dari semester 1, 2, 4 dan akan dinilai setiap kali penghujung semester. Antara yang dipamerkan ialah rekaan perabot, baju, filem pendek, pelbagai jenis lukisan dan pakaian, mengikut kursus masing-masing.

 

Turut diadakan pertandingan lukisan bagi mencungkil bakat-bakat seni dikalangan pelajar-pelajar KKTM selain mewujudkan satu persaingan sihat antara mereka. Muhammad Aizudin Mazlan muncul sebagai johan dan pemenang kedua dimenangi oleh Mohd Hafiz Mohd Hasbullah. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Zainudin Mohd Nazri.

"TEKNOUSAHAWAN"

AQB Resources menjadi bukti kepada matlamat MARA melahirkan Teknousahawan Bumiputera dalam bidang kemahiran.

Didikan keusahawanan diterapkan kepada pelajar-pelajar pada diperingkat pengajian serta dorongan dari tenaga pengajar di KKTM Rembau ini membawa AQB Resources menceburi bidang perniagaan yang mencabar.

Tahniah kami ucapkan, dan semoga lebih ramai lepasan IKM dan KKTM menceburi bidang teknousahawan.

Sumber: Berita Harian 11. 10. 2017

- INFO SOLAT -

HUBUNGI KAMI :-

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU
BATU 8 KUNDUR HILIR
71400 PEDAS
NEGERI SEMBILAN
 
TEL : 06-6970 426/435
FAX : 06 6970 590