Program ini distrukturkan bagi pembelajaran di sekitar studio dan makmal latihan. Pengajaran program ini merangkumi media digital, perniagaan, media baru dan aliran praktikal profesional dalam penyelesaian masalah samada dalam sesi pembelajaran mahupun melalui kerja sangkutan projek bersama syarikat luar. Matlamat kerja studio ini adalah untuk menggalakkan perbincangan, inovasi dan kreativiti pelajar semasa kerja sangkutan projek serta membantu dalam memperkenalkan pelajar dalam persekitaran kerja yang sebenar. Tujuan program ini juga adalah untuk membangunkan kemahiran utama dalam rekabentuk kreatif, rekabentuk proses, komunikasi secara visual, penyelesaian masalah yang kreatif, asas dan amalan rekabentuk, pengurusan projek, komunikasi dan kolaborasi, kemahiran rekabentuk teknikal, pemasaran dan keusahawanan.