KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU
BATU 8 KUNDUR HILIR,
71400 PEDAS,
NEGERI SEMBILAN
OFFICE : 06 6970426/435
KKTM Rembau menyediakan pelbagai kemudahan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keselesaan semua warga. Antaranya adalah
- Sukan dan rekreasi - menyediakan kemudahan sukan seperti gimnasium, gelanggang tenis, badminton, bola tampar, padang bola, sepak takraw dan sebagainya
- Kolej kediaman - menyediakan penempatan bagi 618 pelajar.
- Surau - kemudahan surau yang terletak berhampiran dengan blok kolej kediaman dan blok pentadbiran
- WiFi - menyediakan prasarana jaringan jalur lebar
- Pusat media dan makmal komputer - kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pelajar mencari maklumat pembelajaran
- Pusat sumber - menyediakan perkhidmatan pinjaman buku dan bahan bacaan.
- Koperasi - menyediakan kafeteria, kedai menjual barang-barang keperluan terutamanya alat tulis, kemudahan fotostat dan percetakan
- Dewan makan - menyediakan perkhidmatan makanan pada pelajar-pelajar.
- Pusat dobi – perkhidmatan yang memberi kemudahan kepada pelajar dengan harga yang berpatutan.
- Pengangkutan – bas dan van KKTM Rembau disediakan untuk kemudahan warga KKTM Rembau
Lokasi KKTMR terletak berhampiran Lebuhraya Utara Selatan (Plus) melalui susur keluar Pedas/ Linggi /Rembau.
Pekan yang terdekat ialah Pekan Linggi (5 km) dan Pekan Rembau (15 km).
Pengambilan dan Kemasukan
- Pengambilan adalah dua (2) kali setahun
- Kemasukan bagi sesi Januari diiklankan pada bulan September
- Kemasukan bagi sesi Julai diiklankan pada bulan Mac
Panduan Permohonan
1) Kemasukan sesi Januari boleh dipohon melalui UPIM online >> http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
2) Kemasukan sesi Julai boleh dipohon melalui UPU online >> https://online.mohe.gov.my/
Atau
Muat turun borang manual >> Borang Kemasukan
Komponen pengajian terbahagi kepada lima (5) bahagian iaitu:
- Pengajian Teknikal
- Pengajian Am
- Ko-Kurikulum
- Latihan Industri
- Pembangunan Sahsiah
Pengajian Teknikal
Pengajian Teknikal merupakan komponen latihan yang paling utama yang wajib bagi setiap program yang ditawarkan dan mesti lulus kesemuanya. Pelajar yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan, perlu mengulang kursus berkenaan sehingga lulus.
Pengajian Teknikal bertujuan untuk memberikan seberapa banyak pengetahuan, kemahiran dan pendedahan sesuai dengan tahap dan bidang pengajian yang diikuti supaya dapat memenuhi keperluan industri.
Pengajian Am
Matlamat pembelajaran dalam komponen Pengajian Am adalah sebagai kursus asas bagi mencapai matlamat latihan kemahiran MARA.
Kursus-kursus Pengajian Am yang perlu diambil adalah Bahasa Inggeris, Matematik, Pengajian Islam / Pendidikan Moral, Keusahawanan dan Pengajian Malaysia.
Ko-Kurikulum
Kegiatan ko-kurikulum adalah merupakan aktiviti luar kuliah bertujuan membentuk sikap harmoni, berfikiran positif dan sahsiah diri pelajar.
Aktiviti dibahagikan kepada dua Modul Teras iaitu Khidmat Kemasyarakatan dan Kemahiran.
Pelajar wajib melibatkan diri tidak kurang dari dua (2) semester.
Latihan Industri
Latihan Industri (LI) adalah pembelajaran luar kuliah dan aktiviti di mana pelajar didedahkan kepada suasana pekerjaan sebenar di industri sama ada dalam atau luar negara bersesuaian dengan program yang diikuti.
Pelajar diwajibkan mengikuti Latihan Industri sekurang-kurangnya tiga (3) bulan pada semester akhir serta lulus aktivitinya.
Pembangunan Sahsiah
Pembangunan sahsiah merupakan komponen pembangunan sikap pelajar yang diterapkan dan dinilai secara berterusan sepanjang tempoh pengajian.
Pembangunan sahsiah disisipkan di dalam pengajaran dan pembelajaran samada kurikulum atau ko-kurikulum.