Program : Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik KKTM Rembau Sesi Jan-Jun 2017
Tarikh : 18 Ogos 2017
Tempat : Dewan Sinan KKTM Rembau
Pencapaian akademik pelajar pada semester ini amat cemerlang dan membanggakan iaitu CGPA 100% memperolehi kedudukan baik (KB) berbanding semester lepas iaitu 99.53 %. Seramai 109 orang pelajar telah memperolehi GPA > 3.5 untuk menerima Anugerah Pengarah pada kali ini . Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ini diadakan bagi membuktikan tanda penghargaan pihak kolej kepada pelajar yang cemerlang serta memotivasikan pelajar dalam meningkatkan usaha ke arah kecemerlangan. Program kali ini di kendalikan oleh Jabatan Rekabentuk Dalaman.