Program: Eksplorasi Alam Takambang Jadi Guru

Tarikh : 13 - 15 Oktober 2017

Tempat : KKTM Rembau, Rumah Warisan Negeri Sembilan dan PNB Ilham Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

INSO telah ditubuhkan oleh Jabatan Rekabentuk Dalaman yang diketuai oleh En Mohd Hairie Bin Mohd Nashoha diikuti oleh 8 staf dan 101 pelajar Rekabentuk Dalaman. INSO ditubuhkan bagi membuat satu program untuk membuat satu tugasan/aktiviti bagi menyelesaikan satu masalah jabatan. Selain itu INSO menaikkan lagi semangat berpasukan sesama pelajar, staf dan memelihara alam sekitar. 

Melalui program ini dapat memberi kesedaran dan membantu para pelajar menambahkan ilmu disamping menerapkan konsep Teknologi Hijau dan kelesterian rekabentuk yang lebih produktif di dalam rekabentuk sesebuah bangunan yang akan mereka bna seterusnya mampu menyumbang bakti dan jasa kepada pihak kolej dalam membantu melahirkan pelajar yang 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'.