KolejKuSayang dan Sambutan Hari Sukan Negara 2017

 
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). 

Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun ini, KKTM Rembau tidak ketinggalan menyambut sambutan Hari Sukan Negara yang diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap pelajar dan kakitangan mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air.