DIPLOMA REKABENTUK PERABOT

Para pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini, bahan dan amalan rekabentuk studio yang digunapakai dalam penghasilan perabot menggunakan Computer-aided design and modelling (CAD-CAM). Kerja kursus juga menekankan elemen kreatif, inovatif, kaedah bengkel serta pemasaran dan pengajian perniagaan. Sepanjang program ini, pelajar juga digalakkan untuk membangunkan kemahiran mereka melalui kesedaran terhadap pelbagai aspek teknikal dan kreatif. Proses pembelajaran turut merangkumi pemahaman dan penekanan terhadap elemen rekabentuk, fungsi, pembuatan dan pembentangan projek bagi produk perabot domestik, komersial, korporat mahupun yang dikhususkan.

 

PROSPEKTUS PROGRAM