DIPLOMA REKABENTUK FESYEN

Program ini memberi pengkhususan kepada pembangunan kemahiran dan pengetahuan seiring dengan industri fesyen di Malaysia, sejajar dengan kehendak bagi melahirkan pereka fesyen yang kreatif. Pelajar mampu untuk mengekspresi dan meneroka kreativiti serta kebolehan untuk menggambarkan konsep rekabentuk sekaligus berkomunikasi dengan lebih efektif kepada rakan sekerja dan klien. Pelajar akan dilatih untuk lebih bermotivasi, bersemangat dan berpengetahuan, berinisiatif dan bekerja secara berpasukan. Pelajar juga akan didedahkan kepada senario industri fesyen terkini meliputi operasi, kehendak pasaran dan pengaruh besar dalam industri ini. Selain daripada itu, maklumat tentang hubungan antara rekabentuk fesyen dan promosi media serta sektor-sektor pasaran tertentu termasuk couture dan pasaran sedia-terpakai akan diperkenalkan kepada pelajar.

Tamat pengajian, pelajar dijangka untuk bekerja sebagai pembantu pereka fesyen dalam bidang perniagaan berasaskan studio, syarikat rekabentuk fesyen, perniagaan borong dan runcit, majalah dan rumah-rumah penerbitan dalam talian, agensi fesyen, rekabentuk tekstil dan studio percetakan, ejen tekstil, pegawai pemasaran dan perhubungan awam bagi syarikat-syarikat gergasi.

 

PROSPEKTUS PROGRAM