Perutusan Pengarah

Written by Super User on . Posted in Blog

       

"Selamat datang ke Laman Web Rasmi Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau."

Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T di atas kejayaan KKTM Rembau mewujudkan Laman Web Rasmi KKTM Rembau ini.

Pembinaan laman web Laman Web Rasmi KKTM Rembau ini bertujuan menyebarkan maklumat dengan lebih cepat dan pantas serta dapat memberi pelbagai kemudahan kepada pengguna bagi mendapatkan maklumat berkaitan pembelajaran yang merangkumi butiran perincian program-program Diploma berkaitan.

Di KKTM Rembau, kami memberi penekanan yang berkualiti tinggi bagi pencapaian para pelajar serta bertanggungjawab melahirkan usahawan yang berkualiti berdasarkan aspek pendidikan yang menyeluruh. Pensyarah-pensyarah yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi mampu memberi kualiti pengajaran dan pemantauan yang jitu dalam kaedah yang pelbagai.

KKTM Rembau...

Kami membina insan, melahirkan teknorat masa hadapan,
Membina sahsiah holistik, kompiten dan berkepakaran tinggi,
Mencarta kejayaan dan kegemilangan,
Berkembang merentasi zaman, melakar pembangunan insan,
Mobilisasi sosial lanskap ekonomi mapan,
Tunjang industri masa hadapan,
Memartabatkan bangsa ke persada dunia,
Menggalas harapan keramat, menjunjung Amanah Rakyat.

 

 

Sekian terima kasih.